Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday, 12 April 2015

BISKUT SAMPAN NESTUM.. RAPUH DAN GERENTI SEDAP..

BISKUT SAMPAN NESTUM
     Biskut sampan merupakan biskut pilihan tradisional di hari raya.  Kulitnya rapuh dan berintikan nestum yang membuatkan ia lebih rangup dan enak.  Biskut ini sangat unik kerana bentuknya yang menyerupai sebiji sampan.  Rasanya yang manis dan lemak.  Selamt mencuba. 

BISKUT SAMPAN NESTUM

Bahan-bahannya:-
250 gram mentega - pd suhu bilik
140 gram gula perang
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan Kulit:-
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tpg gandum

Bahan Inti nestum:-
1/2 cawan nestum ( yang ni bole letak lebih ) tp pastikan tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung

Hiasan:-
Ceri hijau -dadukanl
Ceri Merah - dadukan
Badam (dipanggang sederhana garing) - dadukan


Cara-cara:-
1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).

2. Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.

3. Ambil 1/3 dari adunan untuk INTI. Baki adunan untuk bahagian KULITnya.

4. Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan. 

5. Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..Kacau sehingga sebati...adunan akan lembik sikit..tp jangan risau..memang mcm tuh..

6. Kemudian...amik acuan sampan(kalau takde...guna acuan tart pun bole)..letak adunan kulit tadi...bentukkan adunan agar sikit berlurah.

7. Ambil sudu kecil atau pisau ,ratakan bahagian inti nestum td dalam lurah biskut kita td...buh lebih sikit pun takpa...nanti cantik naik bila di bakar.

8. Sebelum bakar...kite deco la biskut kite td..letak laa ceri, badam..hias ikut kreativiti

9. Sblm tuh kita panaskan suhu oven terlebih dahulu dgn suhu 170 - 180 darjah..

10. Bakar selama 10 minit menggunakan api bawah dan bakar guna api atas dan bawah untuk 10 minit terakhir.

Sumber:- cik adak biru dan naz 

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Show comments
Hide comments

1 comment:

  1. Please at least to credit to the originally owner of this picture
    http://ninazsyafinaz.blogspot.com/2011/08/biskut-raya-2011-biskut-sampan-ikatan.html

    ReplyDelete