Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday 12 April 2015

BISKUT MAKMUR.. MUDAH LAGI LAZAT...

BISKUT MAKMUR

       Biskut makmur ini asalnya dari negara Timur tengah.  Dibawa pleh pengembara yang datang ke malaysia.  Bagaimanapun, resepi asalnya telah diubah suai mengikut kesesuaian bahan yang terdapat dinegara kita.
       Ianya diperbuat dari campuran tepung gandum, mentega @ minyak sapi, gula dan berintikan kacang tanah kisar. Setelah dibakar, disejukkan dan disaluti dengan gula aising. Eeerrmmm.. terbayang keenakan  dan kelazatannya.. Selamat mencuba resepi ini..

BISKUT MAKMUR

Bahan untuk doh:
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti:
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak (kisarkan)
3/4 cawan gula icing

Bahan untuk salut:
Sedikit gula icing


Cara Penyediaan:
01.  Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. 

02.  Gaul adunan sama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

03.  Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing. 

04.  Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. 

05.  Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk bulat.

06.  Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. 

07.  Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.

08.  Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips:

- Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. 

- Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Sumber: Masakan kini

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment