SAMBAL HITAM PAHANG |
Pernah dengar sambal hitam pahang ni? Saya ni orang jawa, sudah biasa debngan sambal totok. Tapi tak salah mencuba resepi sambal lain. Bahan pun lebih kurang je, cume bezanya gunakan belimbing dan sambal ini dimasak kemudian. Sambal ni rasanya pedas, sedikit masam manis dan lemak kerana menggunakan ikan bilis.
RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG
Bahan-bahan:-
Ikan bilis ditumbuk
Cili padi dikisar
Bawang putih diutmbuk
Bawang merah dihiris
Belimbing buluh direbus sehingga berwarna coklat
Cara-caranya:-
01. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan. Perasakan dengan garam dan ajinomoto serta gula.
02. Masak dengan api yang kecil hingga kering dan terbit minyak.
03. Sedia untuk dihidang. Memang mabeles.
No comments:
Post a Comment