Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday, 1 March 2015

*Resepi Biskut Makmur*


Bahan-bahan Biskut Makmur :


  • * Satu tin Pure Cream Butter macam dalam gambar
  • * Tepung gandum beli anggaran 2 kilo
  • * Gula 1/2 kilo kisarkan halus
  • * esen vanilla
  • * kacang tanah untuk inti


Cara membuatnya Biskut Makmur:

1. Tepung hendaklah diayak terlebih dahulu dan disangai (tepung sahaja, masuK dalam kuali masak diatas api perlahan gaul hanya untuk beberapa minit..jangan sampai hangus..dah merata panas kat tepung tu..oK la tu)
dah tu, ketepikan...tujuannya apabila biskut ni menjadi nanti akan ada gelembung-gelembung udara kecil, ini akan mengurangkan melekit teramat kat tekak tika makan.dan ia akan menjadi lebih rangup dan nyam..nyamm..

2. Buka tin butter tadi letaK atas dapur dengan api perlahan..biarkan panas sehingga butter tu cair..dah tu tungu sejuk sedikit, kalau tak lecur tangan nak menguli

3. Bubuh setengah sahaja dulu, tepung gandum tadi kedalam satu bekas untuk dicampur dengan butter yang yang dicairkan tadi...bubuh butter tu sediKit demi sedikit yer....gaul dengan tangan tepung dan butter tu sehingga butter tu habis digunakan dan tambah tepung sehingga adunan sudah menjadi doh, dah tu titiskan 2/3 titis esen vanila, jangan lebih-lebih pula..
ambil sedikt doh dan buatlah bulat-bulat sebesar biji guli putih...
susun diatas dulang..dan bakar selama 15 ke 20 minit atau sehingga kekuningan atau sedikit perang. Jangan sampai hangus...pahit tu.
Dah masak, sejukkan seketika.

4. Kisarkan gula hingga halus, taburkan pada bisKut Makmur yang sudah masak tu.. bubuh dalam balang kedap udara, dan hidang ketika hendak makan.


No comments:

Post a Comment