PUDING SUMI |
Panas sungguh cuaca sekarang. Tentu sahaja makanan sejuk jadi pilihan. Jelly, Aga-agar dan puding. Sejuk je terasa dari mulut turun ke perut. Puding sumi.. Bukan saja kanak-kanak, dewasa pun meminatinya. Jelly berbagai perisa, dengan puding perisa susu. Kontra rasa masam manis tapi .. memang tak dinafikan.. itu yang menambat selera. Selamat mencuba..
RESEPI PUDING SUMI
Bahan-bahan:-
37.5 gm agar-agar tali
8 cawan air
1 1/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
Sumi Jelly secukupnya
pewarna merah jambu
pewarna kuning
pewarna hijau
Caranya:-
1. Susun sumi jelly di dasar acuan.
2. Masak agar-agar tali hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan gula pasir. Kacau lagi hingga gula hancur dan sebati.
4. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
5. Perlahankan api. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
6. Letakkan pewarna dalam setiap adunan.
7. Tuang adunan pertama ke dalam acuan secara perlahan. Biarkan mengeras.
8. Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garpu atau pisau. Tuang pula lapisan kedua dan biarkan mengeras.
9. Seterusnya tuang lapisan ketiga dan ikut seperti langkah di atas.
10.Biarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidangkan.P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment