Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 28 March 2015

PUDING BUAH NAGA MERAH BERSUSU LAZAT BERKRIM

PUDING BUAH NAGA MERAH BERSUSU
Ramai yang telah tahu tentang khasiat buah naga. Merupakan salah satu buah yang dapat membunuh sel kanser. Rasanya yang sedikit masam manis sesuai untuk dihidangkan menjadi jus atau puding.  Musim panas ni memang sesuai untuk melegakan rasa panas. Resepi yang mudah dan ringkas ni, rugi kalau tak cuba..

PUDING BUAH NAGA MERAH BERSUSU

Bahan-bahan;-
7 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam

Semua bahan ni masak hingga mendidih

1/2 biji buah naga - buang kulit dan parut
1/2 cawan susu cair
2 biji buah kembang semangkok- rendam hingga kembang

Cara-caranya:- 

01.  Bila mendidih masukkan susu, buah naga, isi buah kembang semangkok.

02.  Kacau hingga mendidih, tutup api dan boleh lah masukkan dalam acuan pilihan sendiri.

03.  Sejukkan sebentar di suhu bilik sebelum di sejukkan di dalam peti sejuk.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment