KUIH LOPES DAN AIR GULA |
Tentu ramai yang sukakan kuih yang satu ini. Jarang didapati pada hari biasa. Haaaa.... Masa bazar Ramadhan barulah kuih ni muncul. Pulut yang dikukus @ tanak disaluti kelapa, dimakan pula dengan kuah air gula melaka. Sekarang Harganya Rm 2.00 3 biji. Sebenarnya membuatnya tidaklah sesusah mana. Lebih puas dapat makn hasil air tangan sendiri. Nak buat bentuk apappun boleh. Heheheh... Jom kita cuba..
RESEPI KUIH LOPES DAN AIR GULA
Bahan-bahan kuih lopes:-
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa pandan (jika dh letak air pandan, x pyh mskkan)
kelapa parut digaul dengan garam - untuk disalut
Bahan-bahan air gula:-
3 ketul gula melaka - saiz kecil
5 sudu besar gula
3 cawan air
1 helai daun pandan
Cara-caranya membuat kuih lopes:-
1. Cuci beras pulut dan rendamkan didalam air yg dicampur dengan garam, pewarna hijau, perasa pandan dan air kapur. Biarkan 3 jam.
2. Sediakan air kukusan. Masukkan beras pulut kedalam loyang. Kukus sehingga 20 minit. Selepas itu, masukkan air pandan dan santan cair. Gaul rata dan kukus sehingga 30 minit atau sehingga beras pulut masak. Gunakan api kuat semasa mengukus.
3. Jika nak buat bentuk 3 segi, alaskan dengan plastik wrap, ambil beras pulut tadi dan leperkan bentuk segi empat yg besar. Leperkan sehingga mampat. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Cara potong pula, mula2 potong memanjang, kemudian, potong menyerong untuk mendapatkan bentuk segi tiga.
4. Jika nak buat bentuk bulat, ambil daun pisang atau plastik wrap, masukkan pulut kedalamnya. Kemudian, mampatkan dan bentukkan pulut seperti lemang/silinder. Ikat di kedua-dua hujungnya. Biarkan sejuk dan potong. Anda akan dapat bentuk bulat.
5. Lopes yg dah siap dipotong disalut dengan kelapa parut yg dicampur dengan sedikit garam.
Cara-cara membuat air gula:-
1. Masukkan kesemua bahan dan biarkan mendidih. Jika dan agak pekat, matikan api. Air gulanya cair sedikit. Air gula juga bergantung pada saiz gula melaka yg digunakan. Jika guna yang besar, boleh kurangkan gula melaka..
No comments:
Post a Comment