Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 21 March 2015

AYAM PERCIK KELANTAN LAZAT BERKRIM..

AYAM PERCIK KELANTAN
     Ayam percik..  Tentunya tidak asing bagi kita.  Biasa terdapat di gerai tepi jalan atapun pasar malam.  Lebih kurang cara membakar dengan satay.  Cuma perbezaan dari segi bahan perapan dan sos.  

     Jika sate dengan kuah kacang , Ayam percik pula dengan sos perciknya.  Cuma, Jika dikelantan rasa kuahnya sedikit berbeza.  Mari cuba resepi ini dan bandingkan rasanya. Selamat mencuba...


AYAM PERCIK KELANTAN
Bahan-bahannya:-
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan untuk merebus ayam:-
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

Cara membuatnya:-
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!

Show comments
Hide comments

1 comment:

  1. Looks delicious, Tq for the recipe. I want to share my personal recipe,
    can try this too. Really awesome taste.
    http://resepirotipizzasosejmini.blogspot.com/

    ReplyDelete