Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday 9 February 2015

Zero Tunaikan Janji, Nabil dan Sepahtu Pula Tarik Diri?


Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) berakhir secara rasmi dan sekaligus mengangkat kemenangan buat Zero yang memang menepati ramalan pada musim ini . 3 beradik ini membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro sekaligus , niat untuk membawa ibu mereka ke Tanah Suci akan ditunaikan 3 beradik ini. Selain itu , mereka juga berniat untuk menggunakan wang tersebut untuk membantu majlis perkahwinan abang mereka Syaiful dan juga akan membaik pulih rumah mereka di kampung halaman .

Tempat kedua pula dimenangi oleh Sepahtu dengan wang tunai sebanyak RM250,000 beserta sebuah trofi, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh satu-satunya peserta solo MLM 2014 iaitu Nabil Ahmad dengan hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 beserta  trofi . Apa yang pasti , berita kurang gembira buat peminat Sepahtu dan Nabil kerana mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka akan bersara daripada bertanding di dalam Maharaja Lawak musim akan datang sekiranya diundang.  Menurut Nabil , beliau akan menumpukan sepenuh perhatian di dalam bidang lain pula walaupun sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berhenti bertanding tetapi setelah dipujuk oleh sesetangah pihak, beliau bersetuju untuk bertanding pada MLM2014 begitu juga Sepahtu yang membuat kenyataan tidak mahu lagi menyertai Maharaja Lawak Mega.

Yang pasti , Pentas Akhir MLM 2014 sangat luar biasa dan acara yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu betul-betul meriah dengan peminta-peminat dan penonton yang sporting memberikan sokongan. Ternyata kehadiran mereka yang memenuhi stadium memberi semangat yang bermakna buat kelima-lima finalis MLM2014 minggu lalu. Dengan 2 tema persembahan Bebas dan Muzikal selama 6 minit setiap satu betul-betul menunjukkan kehebatan 5 finalis yang lain seperti Bocey, Shiro, Nabil, Sepahtu dan juga Zero . Persembahan yang paling terkesan di hati penonton dan penyokong –penyokong adalah persembahan Tarian Singa yang kelakar dan sangat unik dari kumpulan Zero, malah Zero sekali lagi, berjaya memukau penonton dan juri dengan Muzikal komedi mereka yang didedikasikan buat arwah ayah mereka hingga mampu menitiskan airmata juri, penonton malah 3 beradik itu sendiri di hujung jalan cerita dengan nyanyian lagu buat arwah ayah mereka.

Walaubagaimanapun, Zero menyangkal dakwaan kononnya ingin mengaut simpati dengan sketsa tersebut , tapi menurut mereka , kehadiran mereka sebagai peserta finalis memang tidak dijangka dan pengalaman pahit manis mereka sebelum menempuh bidang lawak ini berkat doa ibu dan ingin membuat arwah ayah mereka berbangga. Sedikit sebanyak mereka ingin berkongsi kepada penonton tentang apa yeng mereka tempuh sebelum ini sebagai bahan cerita bukan untuk meraih simpati. Yang amat mengejutkan, sewaktu nama Zero diumumkan sebagai juara hampir seluruh penonton di stadium berdiri sebagai tanda sokongan kepada kumpulan tersebut.

Adakah benar Maharaja Lawak Mega 2015 bakal muncul dengan ramai peserta-peserta baru? Sama-sama kita nantikan....

Oleh: Norbee Mohd Ghani. Sumber: Astro
Show comments
Hide comments

1 comment: