Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 28 February 2015

MEE SUP DAGING


MEE SUP DAGING Bahan-bahannya :

  • ● 500 gm daging
  • ● 2 btng serai- di titik
  • ● 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • ● 3 sudu besar rempah sup adabi
  • ● 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • ● 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  • ● minyak utk menumis
  • ● 5 cawan air atau secukupnya
  • ● garam dan sedikit gula


Bahan Kisar MEE SUP DAGING :

  • ● 5 ulas bawang merah
  • ● 4 ulas bawang putih
  • ● 1 labu bawang besar
  • ● 1 inci halia


Bahan Tumis MEE SUP DAGING :

  • ● 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • ● 2 ulas bawang merah di mayang
  • ● 2 ulas bawang putih di hiris


Cara Memasak MEE SUP DAGING :

1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus sebab dah lembut.
2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.

Bahan-bahan Penyediaan MEE SUP DAGING :

  • ● 1 bungkus mee kuning
  • ● 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
  • ● daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • ● bawang goreng.

ARTIKEL BERKAITAN : CARA SOLAT KHAS UNTUK WANITA

Cara Penyediaannya MEE SUP DAGING :

1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap MEE SUP DAGING :

  • ● 10 tangkai cili padi merah
  • ● 15 tangkai cili padi hijau
  • ● 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • ● 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • ● 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • ● 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.


Cara-caranya MEE SUP DAGING :

1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

Selamat mencuba.
Show comments
Hide comments

1 comment: