Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday, 5 February 2015

Kek Brownie Butter


Bahan-Bahan

Bahan Brownie :


  • 1/4 cawan mentega
  • 1/4 cawan gula perang
  • 140 gm coklat masakan
  • 1 biji telur gred A – dipukul
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • Bahan Kek Butter :
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 50 ml susu segar


Cara-cara Menyediakan

1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil.

2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.

3. Cara Membuat Brownie :

4. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.

5. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.

6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.

7. Cara Membuat Kek Butter :

8. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.

9. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi kek brownie butter

10. Tuangkan adunan tadi keatas kek brownie butter  yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment