Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday, 5 January 2015

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE


KEK SPAN BADAM

-4 biji telur gred A
-180 gm gula halus
-170 gm tepung
-2 sudu besar serbuk almond
-70 gm air
-1 sudu teh baking powder
-15 gm ovellete
-50 gm minyak jagung
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara

Ayak tepung dan baking powder.

Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu.

Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna.

Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven. Terbalikkan atas redai setelah masak.

Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang.

Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan.

SALTED CARAMEL [ buat separuh sahaja ]

-113 gm butter tanpa garam
-120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
-3 sudu besar air
-60 ml corn syrup
-200 gm gula

Cara-Cara

Potong buter kepada kiub kecil. Campurkan bersama krim dan panaskan dalam ketuhar hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan

Boleh juga panaskan atas api perlahan

Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup. Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih.

Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah.

Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pekat. Biarkan sejuk.

SALTED CARAMEL CREAM

-3 biji kuning telur
-100 gm coklat masakan putih
-8 gm gelatin
-30 gm air
-2 sudu besar salted caramel
-250 gm Krim Bukan tenusu
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.

Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim.

Tuangkan gelatin dan gaul rata. Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata. Biarkan sejuk.

Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental.

Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim.

CARAMEL MACADAMIA

-100 gm kacang macadamia
-2 sudu besar gula
-1 1/2 sudu besar air

Cara-Cara

masak gula hingga perang.

Tambahkan air dan biar ia pekat. Tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang.

Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar.

GANACHE COKLAT PUTIH

-125 ml krim tenusu
-20 gm sirap glucos
-200 gm coklat masakan putih
-15 gm mentega

Cara-Cara

Cincang coklat halus.

Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih. Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment