Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday, 1 January 2015

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA


Lapisan hijau @ bawah :


  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
  • sedikit kapur - jgn letak banyak, nanti pahit


Lapisan putih @ atas :


  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 kotak santan
  • sedikit garam


Cara - Cara :


  1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
  2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
  3. (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya).
  4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat
  8. (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya).
  9. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  10. Sejukkan.


NOTA:

Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

FB PAGE : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment