Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday, 5 January 2015

PUDING SUSU



Bahan bahan untuk Jeli

1 bungkus serbuk jeli 
200 gram gula pasir 
1000 ml air 
4 jenis perwarna pilihan ( ikut selera )

Cara cara membuatnya

1 .Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan .( Acuan ikut selera ) 

2 .Masak serbuk jeli mengikut arahan di belakang bungkusan . 

3 .warnakan dengan warna pilihan 

4 .Sejukkan dan potong kiub ( Potong ikut selera ) 

Bahan bahan Puding Susu

1/2 bungkus agar - agar bertali 
120 gram gula pasir 
4 cawan susu segar 
1 1/2 cawan air 
1/2 sudu kecil perwarna (ikut pilihan)

Cara cara membuatnya seperti di bawah

1 .Rebus agar - agar dengan air hingga hancur , masukkan gula .Bila gula sudah larut perlahankan api. 

2 .Masukkan susu segar dan perwarna , masak hingga mendidih . Kecilkan api 
( Jangan padamkan api ) 

3 .Letakkan sedikit kiub jeli dalam acuan dan sendukkan perlahan - lahan adunan puding susu ke dalam acuan jeli tadi , biarkan sekejap . 

4 .Letak lagi potongan jeli di atas puding dan tuangkan perlahan - lahan puding susu .Ulangi proses tersebut sehingga habis . 

5 .Sejukkan dan sedia untuk di hidangkan .

Untuk lebih sedap/enak sejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk untuk beberapa ketika kemudian bolehlah di hidang .

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)


No comments:

Post a Comment