Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 21 November 2014



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
2 1/4 cawan santan
1 cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula - guna 3/4 cawan aje, ok dah kat lidah akak rasanya
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

    Selamat Mencuba .

Continue reading



Bahan-bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Selamat mencuba 
Continue reading

Bahan-bahan:
350 gram udang besar
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai – cincang kasar
2 helai daun limau purut – cincang
1 tangkai lada hijau – buang biji dan cincang
1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok)
1 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan
1 tangkai cili api – buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar – hiris nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar cincang – untuk taburan

Cara penyediaan:

1. Bersihkan udang, asingkan kepala dan kulit, tinggalkan sedikit kulit dan ekor.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kepala dan kulit udang. Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3-4 minit. Masukkan serai, daun limau purut, lada hijau dan stok.

3. Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis. Sagat kulit limau nipis yang tinggal. Masukkan kulit yang telah disagat ke dalam periuk. Biarkan sehingga ramuan mendidih.

4. Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.

5. Tapis air rebusan tadi. Buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi.

6. Perah limau nipis, masukkan sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih.

7. Kecilkan api, masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit.

8. Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.

9. Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba
Continue reading


Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
1 cawan santan
madu

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji
Bahan untuk ditumis :
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2biji bwng putih(ditumbuk)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:
Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat dan masukkan madu mengikut kesesuaian.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.Tunggu sehingga mendidih
siap dan hidangkan..

Selamat Mencuba.
Continue reading

Bahan-bahan untuk resepi kek pelangi:
3 cawan tepung naik sendirian berhad
1 1/2 cawan gula kastor
1 pek buttercup @ 250gm butter
5 biji telur
1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
Secubit garam halus
2 sudu kecil esen vanila
Pewarna pilihan (merah, oren, purple, hijau)
1 pek creamcheese
1 cawan gula aising
1/2 cawan butter
Sprinkle beads @ bahan2 hiasan ikut suka
Cara Membuat Kek Pelangi :
panaskan oven (170°C)
ayak tepung & garam. Ketepikan
Pukul butter dan gula sampai kembang & putih. Agak2 dalam 10-15 minit gitu.
Pastu, masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi.
Masuk esen vanila. *boleh sukat pakai tudung botol tu je*
Masukkan bahan2 yang di ayak tadi sikit2, selang seli dengan susu.
Dah setel sume, dah boleh asingkan adunan dan masuk pewarna ikut suke hati kakak kakak ye
Tuang dalam loyang, bakar lebih kurang 15 minit, 170°C.
Dah siap bakar, sejukkan dulu kat tepi.
Untuk topping pulak, pukul semua bahan (creamcheese, gula & butter) sampai kembang.
Time susun kek tu, antara setiap lapisan tu, kena taruk topping tu. *untuk lekatkan lapisan kek*
Pastu, boleh la balut seluruh kek tu pakai topping tadi. Hiaskan pakai sprinkle beads, choc chips or ape2 la yang korang nak letak...
Selamat Mencuba.

Continue reading

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)
200gm tepung serba guna (tepung gandum)
60gm gula kastor
20gm susu tepung
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar yis segera
2 biji kuning telur
280ml air suam
50gm lemak sayuran
garam secukupnya
Nota: Saya tak pakai tepung roti, saya guna semua tepung gandum so ada sikit tambahan air diperlukan.

Cara:

Masukkan ibu roti dan 20gm gula kedalam air suam dan biarkan ia berbuih selama 30 minit
Gaulkan semua bahan kecuali air(bancuhan ibu roti di no. 1) dan lemak sayuran/butter
Masukkan bancuhan ibu roti perlahan-lahan dan uli sehingga menjadi doh lembut
Tambah lemak sayuran/butter dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan.
Tutup dan biarkan ia kembang (dalam anggaran 45 minit)
Uli dan tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli doh semula ke saiz asal.
Canai dan terap dengan penerap donat dan susun atas dulang yang ditabur tepung. Saya tak guna penerap donat....saya bulat-bulatkan doh dalam anggaran 30gm setiap satu dan kemudian buat lubang ditengah.
Tutup dengan kain bersih dan biarkan sehingga ia kembang sekali ganda.
Goreng donat sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak dengan tisu masakan.
Taburkan gula pasir yang telah dimesin halus ketika donat masih suam. Hidangkan.

Selamat Mencuba
Continue reading

BAHAN-BAHANNYA :


300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halus @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet (x de)
1 camca teh coklat emulco (ganti coffe)
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.

2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju.

3. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.

5. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.

6. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata.

7. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali.

8. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.

9. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap.

10. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.

Selamat Mencuba.

              
Continue reading